Wednesday, January 19, 2011

Senggugut...Sakitnya...

Yer...Senggugut memang menyakitkan.. Kalau dapat penyakit ni memang tak boleh buat apa2...duk terbaring jela..Kat sini nak kongsi sikit pasal senggugut, salah satu penyakit aku setiap bulan.. Si jelita dan si kacak sudi2lah baca ok..

Senggugut atau dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid di kalangan segelintir wanita. Ia terbahagi kepada 2: senggugut primer (jenis biasa) dan sekunder (disebabkan oleh penyakit). Biasanya, tanda2 boleh dilihat sebelum senggugut seperti kesakitan yg melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan boleh dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa bagi kebanyakan wanita terutama ketika meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinannya tidak akan hilang walaupun selepas berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya hilang sebaik sahaja melahirkan anak.

Punca Senggugut
Kesakitan yang dirasai ketika haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya dinding rahim yang dimilki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta banyak memberi kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan menyebabkan rasa mual, cirit birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.
(kenalah kahwin cepat!hehe...)

:::sumber:pembacaan @internet:::

Tips/ Petua Merawat Senggugut (mungkin boleh membantu)
  1. Ambil segenggam halia dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan halia tadi ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum didahulukan dengan selawat. 
  2. Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Jangan tambah gula kerana boleh menghilangkan kesannya.
  3. Ambil 10 biji lada hitam dan tumbuk sampai lumat. Then, campurkan dengan secawan air kelapa muda. Kacau dan minum perlahan-lahan. Kira-kira 5-10 minit badan akan mula berpeluh. InsyaAllah anda tidak akan kena senggugut lagi.
  4. Berlari2 setempat atau joging juga boleh kurangkan senggugut...(Sumber:Dr Ismail Thambi@wanita hari ini-tv3 )


ni lah muka orang tengah sakit..
macam nenek tua tak?
p/s: Instead of makan ubat menstrual kat kedai tu,cuba dulu petua kat atas ni okay..Kredit kepada kaum pompuan yang cekal menahan sakit senggugut.Dan pada abang2 kat sana tu, jangan ingat sakit senggugut ni sikit punya sakit okay..(lempang ko kangg...)

5 comments:

komen je ape2...